RSS

SHOT WAJIB PENGANTIN! PART 2

Sambungan dari entry yang lepas, untuk part ini, tentang MUST-HAVE wedding shot di sekitar majlis samada pernikahan, resepsi atau bertandang.

1. UNTOUCHED DECO

(pic from here)



(pics from here)

Waktu itu nanti, bukankah kita RATU, PUTERI, QUEEN, VVVIP nya, jadi mungkin kita tidak berkesempatan untuk melihat dekorasi indah hall, rumah, atau pelamin yang fresh dan masih belum bersentuh. Sebelum ramai tetamu dtg, OP harus cekap snap deko pelamin sbg. so, PLSS ABG NUZUL, ABADIKAN KEINDAHAN MAJLIS SY YANG SEDERHANA ITU YE....

2. BRIDE N GROOM IN THE MAKING SHOT

 (pic from here)
(pic from here)
Bukan selalu kita dilayan bagai ratu, disarungkan sepatu, didandan rapi, pengalaman begini tidak mudah diperolehi jika kita hanya orang biasa, inilah satu2nya masa, jadi, YANG INI PUN NAK JUGE..=P

3. THE ARRIVAL SHOT

 (pic from here)
(pic from here)

4. AT THE SCENE SHOT

Kompilasi shot2 pernikahan, persandingan dan candid shot yang sy HARAP MESTI ADA.

 .

 (pics from here)


Till then,=) akan bersambung dengan entry POSE WAJIB PERANTIN!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SHOT WAJIB PENGANTIN! PART 1

Salam b2bs..

Balik dari ofis tadi hujan renyai2, pemandangan dekat Venice Hill ni mmg agak cantik juge la pada sy, mcm dari Look out point kat Bukit Ampang tu... ape kaitan pemandangan ngan title post tu? haha.. tiba2 je dapat ilham nak tulis post hari ni pasal pose wajib pengantin untuk photoshoot.. kalau blh kita nak mengabadikan setiap detik di hari bahagia nanti melalui lensa OP yang dilantik khas atas kredibiliti mereka yang kita survey dari hari ke hari depan pc tu kan? tul tak? tapi pada sy, apa gunanya OP yang terhebat, lens yang tercanggih di dunia, kl pose2 yang kita teringin buat, kita terlupa untuk buat lantaran terlalu excited masa photoshoot session kan? untuk itu, sy buat keputusan untuk print gamba2 pose yg saya rasa SAYA MESTI BUAT!! untuk pastikan semua keinginan tu tercapai dan tak rasa sedih or menyesal or terkilan selepas berlalunya hari yang paling bersejarah tu nanti... jadi di bawah, sy kongsikan pose2 yang menjadi idaman kalbu dan termasuk dalam SCRAPBOOK BRIDAL POSE sy untuk diserahkan pada OP nanti. bukan sy tidak percaya pd OP, cuma gambar2 lebih memudahkan proses komunikasi. biar OP jelas apa yg saya mahukan dan dia bebas utk gunakan kretiviti dan kelebihan yg ada padanya.

1. UNTOUCHED WEDDING ATTIRES SHOT
(pic from here)
Banyak masa, tenaga, wang, emosi yang kita habiskan untuk memiliki busana pengantin yang terindah mengikut budget dan citarasa sendiri. It's your masterpiece! Jadi 'untouched dress' shot ini WAJIB! 
 (pic from here)
 Punyalah susah untuk cari peep toes, yang menawan hati, dalam masa yang sama matching dengan our wedding dress, dengan ukuran tumit dan perincian yang memuaskan hati, jadi, shot ini MESTI ADA!

(pic from here)
Wedding band...tanda ikatan suci yang terbina. Dari satu kedai ke satu kedai kita masuk, berbulan2 penyelidikan dibuat utk memenuhi ilmu di dada tentang 4C: clarity, carat, color dan cut berlian yang terbaik, walaupun tahu wang di saku tak banyak mana untuk memiliki diamond pada skala terbaik mengikut ukuran 4C itu. Tp itu semua bukan yang utama, janji cincin itu datang dari our beloved EN. TUNANG kan? kan? jadi, TOLONG CAPTURE GAMBAR CINCIN I DARI ANGLE PALING CANTIK!

Entry ini akan bersambung ....... =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wedding Monogram

Salam, tonite, sy nak share tentang sesuatu yang menarik hati dan mata sy rasa nak pegi cari kedai buat rubberstamp malam ni jugak. haha. its about wedding monogram. lebih kurang macam custom made logo untuk wedding kita la kan. pada saya, kl logo2 ni digunakan secara meluas dan kena pada tempatnya mcm pada kad jemputan, atau di cop pada envolope, print untuk thank you tag, ataupun banner, walau untuk doorgift sekali pun, ia membuatkan majlis kita nampak mcm grand. jadi untuk mengurangkan budget printing, tp mahukan sesuatu yang kelihatan mahal, eksklusif, mungkin kita blh design sendiri monogram, dan tempahkan rubberstamp. so, cop saja mana2 tempat yang kamu mahu. ringkas kan? Concept wedding monogram ni telah digunapakai rakan blogger yg lain mcm Qis. very impressive! Mungkin ini boleh memberi ilham kepada kamu.

1. DAMASK WEDDING MONOGRAM (pics from here) :


2. MODERN WEDDING MONOGRAM (pic from here) :


3. Some of Schaz's FAVOURITE WEDDING MONOGRAMS =P 

(pic from here)

(pic from here)

(pic from here)

Aplikasikan idea dan tema hari bahagia kamu dengan monogram2 yg dicipta khas untuk kamu mcm kat bawah ni:

1. Bedding set. Hantarkan pada tailor yang blh jahit sulam guna mesim sulam berkomputer. Mungkin agak costing sedikit. Tetapi blh disimpan selepas majlis. Malah kenangan manis kamu blh ditatap bersama si dia setiap kali sebelum tidur! Manis!


2. Doorgift bag. Beli doily paper saiz kecil. copkan monogram kamu. dan tampal. Hiaskan dengan riben comel. Ekslusif!

(pic from here)

3. Wedding cake. Sekarang sudah ada edible image. Hantarkan saja lakaran wedding mongram kamu pada bakery dan tampalkan pada cake.
 (pic from here)
4. Isle runner / adaptasikan pada banner.
(pic from here)
5. Wedding signboard. Letakkan logo pada signboard ke majlis kamu. Dari jauh pasti jemputan dapat kenal pasti, itu tanda arah ke majlis kamu. ( untuk idea ini lebih efektif, pastikan kamu gunakan monogram yang sama pada kad jemputan ya!)

Penggunaan monogram ini selain memberi kesan eksklusif pada majlis, bagi sy ia juga mampu memberi identiti pada majlis kamu. Mari wujudkan kelainan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIY hantaran purple-pink

Salam and hye ladies!

Post ni sambungan dari post yg lepas about my DIY hantaran. Tp kali ni, hantaran for him wif theme color purple-pink. Hantaran ni very simple la, but sgt sweet padangan sy, maybe because of the color combination, and BECAUSE I LURVE PINK! haha, so wateva in pink would be nice for me! so inilah sebahagian daripada hantaran from me to him.


For this one rasanya tak perlu i share kan resource2 kot kan sbb sangat simple, hihi. but the flowers i got it from Romantika, Metropoint Kajang. All glassware from Hinode Shop. one of my fav shop coz those cute things are very cheap there. Actually melihat hantaran ni it makes me sad...why? sebab photographer yg i hire tak snap each of the hantaran..so this is the only pic of my DIY hantaran yg dia snap. sgt sedih ok. and a lesson for me, utk my wedding WAJIB pilih photographer best2 and kena bg briefing gamba apa yg WAJIB dia snap supaya setiap penat lelah kita utk menatap hasil DIY kita selepas majlis berbaloi..

k, tak nak cerita lg sebab sedih, tp ada lg satu cerita sedih, its about my veil koyak before the engagement ceremony starts...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Centerpiece sedap dan cantik

Kali ni sy nak kongsikan tentang idea centerpiece. Samada untuk diletakkan atas meja makan pengantin, VIP ataupun jemputan, idea ini agak molek untuk dilihat dan praktikal. Rasanya salah satu cara untuk meraikan jemputan ialah dengan menambah food variety dalam majlis kita. Ini deko yang tidak membazir.

pic from here

Pemilihan buah agak penting utk pastikan centerpiece ni naik seri sama mcm guna freshflowers. Kalau gantikan dengan jeruk yang warna warni tu pun cantik jugak kot.

pic from here

Tambahkan variasi dengan bebola chocolate. Enak bukan? Ingin sesuatu yang comel, sedap, dan unik? Saya suka yang ini :-

pic from here

Gumdrops ini blh dimasukkan dalam glass container atau glass jar. Satu alternatif untuk gantikan candy buffet. Warna-warni gumdrops ni pasti menambah seri meja jemputan. Mahukan yang lebih unik? Nah ...

pic from here

Tiada siapa letakkan had kreativiti untuk majlis kita nanti kan? Mungkin ini idea yang boleh direalisasikan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIY hantaran peach-yellow

Let us start now..sy dan Mr. A selamat ditunangkan 12.11.10 yang lepas..one of the thing yang sy DIY ialah hantaran from me to him, and from him to me. Mula2 kedua2 belah pihak bersetuju utk 9 dulang berbalas 7, tapi disebabkan kemurahan hati makcik2, kawan2 rapat mak, the figure was increased..arigato!rasanya B2B out there pun byk alami benda yg sama kan. so tema hantaran, for him (purple-pink) dan for her (yellow-peach). Mula2 plan kaler lain, tiba2 sampai kedai bunga kat Fah Lean Balakong tu, tengok bunga kaler lain cantik pulak, so tukar jd kaler purple-pink n yellow peach. sangat tak tetap pendirian ok,huhu.

 ok, ni hantaran Mr. A untuk sy. I am inspired by Nas Great Ideas and Arma, mcm kat bwh ni, from Arma.

Walaupun tak segebu bunga2 Arma, at least sy berpuas hati. Pendapat sy, hantaran pertunangan tak perlu terlalu grand takut over shadow hantaran nikah nanti. hihi. 
Here are the details. Tp takde gamba la sbb dulu lupa nak snap gamba step by step tu kan, sory u olls..

1.Braids aka kusyen pun pakai polistrin je beli kat Nilai. RM 3.50
2.Benda jurai2 tu, aka tassel beli kat Kedai Bunga Riben satu peket ada 4. Price less than RM 2.
3.Polistrin balut ngan crepe paper. Satu gulung tu tak ingat bape hengget, tp cukup utk 5 polistrin.
4.Fringes aka benda mcm tali tu beli kat Fah Lean. Sy beli satu gulung. pasal nanti blh guna nak jahit langsir. haha. ayat nak sedapkan hati. sbenanye dah terbeli banyak sbb lupa nak measure satu kusyen perlu brp panjang. so, B2B, pastikan kamu measure semua details hantaran utk elakkan pembaziran k.
5.Bunga span and Baby breath beli kat Fah Lean.Bunga peach tu beli kat Sin Min Semua House.
6. Bakul beli kat Nilai. RM 9.

k,next entry i'll share about 'for him' DIY hantaran plak k, bye!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuah dedikasi cinta



Atas nama Allah yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang...blog ini sebuah bingkisan sebagai dedikasi dan pengabadian perjalanan suka duka MENCARI CINTA HALAL. Di sini akan menjadi medan utk sy bersuara, berkarya dan berkongsi tentang persiapan menuju majlis paling bersejarah dalam hidup sy dan Mr. A yang akan tiba suatu ketika nanti. Persiapan dan perancangan majlis sy adalah mudah dan ringkas, mungkin biasa2 saja..namun sy masih mengharapkan keindahan dalam kesederhanaan. Sy akan cuba berkongsi sebaik mungkin, idea2 yang telah lama sy fikirkan, yang telah sy sy simpan, hasil hubungan yang akrab dgn MR. GOOGLE.COM & FACEBOOK.COM..harapan sy, semoga anda mendapat manfaat dan kita sama2 dpt berkongsi pengalaman dalam persediaan kita utk hari yang paling indah dalam hidup kita..SELAMAT MEMBACA..=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS