RSS

MELANKOLIK SEORANG B2B

Bersawang sudah teratak maya ini..owh, maafkan aku kerana mengabaikan mu..em..sebenarnya semangat sudah hilang nak menulis blog..owh, tp semangat nak kawen makin membara tahu..bukan apa, certain things happen yg membuatkan byk idea2 perancangan utk majlis sy nnt dicantas begitu sahaja..sekadar meluahkan perasaan pada teratak maya….

 pic from here


Owh ibu, sy tahu ibu sudah banyak berkorban untuk sy..dan keluarga..apa yang sy mahu, selagi termampu ibu turutkan..sejak kecil ibu ajar sy supaya bersederhana..baju2 sy, barang keperluan sekolah sy, baju raya sy, segala ibu akan belikan yang biasa2 saja…kalau ada pilihan yg paling murah, itulah pilihan ibu utk sy..walaupun sy tahu, kerjaya ibu membuatkan ibu punya kuasa membeli yg tinggi, tp secara halus ibu mengajar sy supaya faham bersederhana itu perlu..sy selalu redha dgn pilihan ibu.. walaupun di sekolah, kadangkala sy cemburu juga dgn kawan2 yg punya set alat tulis berjenama LUNA, kasut SPARK, uniform CANGGIH, beg sekolah SWAN…sy? SY mewarna lukisan dengan pensel warna SWAN..kasut sekolah sy jenama BATA..uniform sy tiada jenama..paling sedih, beg sekolah sy jenama ‘HARI KELUARGA PKNS’…(beg percuma hari keluarga yg diberi makngah untuk kami adik beradik..)..pernah sy ditertawakan kawan2, beg tak cantik…tp sy tak pernah beritahu ibu..malah sy bangga, walaupun beg sy tak cantik, pensel warna sy bukan LUNA, uniform sy bukan CANGGIH..akhir tahun, dlm beg buruk tidak cantik itulah sy usung keputusan peperiksaan akhir tahun..setiap tahun, sy bawa pulang NO.1 utk dihadiahkan pd ibu ayah…Alhamdulillah..dgn beg buruk itu sy bawa surat tawaran melompat kelas darjah 3 ke darjah 5..
Masuk universiti pula, ibu kirimkan duit ke akaun sy setiap bulan, anak ibu tak layak dapat PTPTN..mcm biasa, sy selalu menahan perut untuk cukupkan RM 200 yng ibu kirimkan utk belanja sy selama sebulan itu benar2 cukup utk 30 hari.. kawan2 pelik, seorang yg punya ibu bekerjaya, tidak punya wang mahu membeli laptop, malah makan pun kena berkira2..biarlah mereka kata apa, aku tahu ibu aku!
Ibu, kini sy, anak ibu, sudah menjadi seorang pensyarah kini..alhamdulillah…dan hujung tahun, dgn restu ibu dan ayah, sy dan tunang akan diijab Kabul………untuk itu…IBU, TOLONG BENARKAN SY REALISASIKAN IMPIAN MAJLIS PERKAHWINAN SY……kerana selama ini, sy tidak pernah membantah pilihan ibu utk sy..bukan sy mahu berlebih-lebihan, tp dari kecil, setiap kali ikut ibu pegi rumah org kawen, sy dah pasang angan2 nak bilik camni, pelamin camtu, baju camni…bila ibu cakap ibu tak bagi buat pelamin mcm yg sy mahukan tu, hati sy sedih, ibu…waktu sy beritahu sy nak pasang kelambu di bilik, ibu tolak mentah2 idea sy..waktu sy cadangkan mahu kerusi tetamu bersarung, ibu cakap sy membazir…owh ibu, bukan sy mahu berkira dgn ibu, tp, untuk kali ini saja, izinkan sy punya majlis yg paling bahagia dalam hidup sy mengikut idea dan perancangan sy……untuk satu hari itu saja sy minta untuk didandan seperti puteri, punya bilik dan pelamin yg indah…seperti bayangan dalam mimpi sy setiap hari…IZINKANLAH IBU…….

NUKILAN,
-          The trailing veil –

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 si cantik berkata:

Post a Comment