RSS

Tips untuk teka jantina baby..

Salam sume..lame tak update blog.. quite bz , nervous, penat menjelang hari defend proposal master...i sekarang alhamdulillah dah sampai ke week-19..another 1 week nak masuk 5th month..and belly getting bigger and bigger...which is berkadar songsang dengan jumlah baju yang muat untuk dipakai..=( rasanya dah sampai masa utk menyarungkan uniform mengandung kot..haha

K, nak share tips untuk teka gender baby...TEKA ye tuan puan..makanya takde la accurate sgt.. untuk sronok2 je..nak betul2, sila buat scan 3D after week 20 untuk gambaran yg jelas..=) owh, tak sabar nak buat 3D..



ni I amek dari website babycenter. Tips ni mcm old-wives tales la gitu.. YANG COLOR HIJAU tu, simtom yg i alami... hihi


Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika... 

  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil. -- wahhhh!! ferasan gitu!!
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. 
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur. - tak penahplak perati, terus gedebum je kl nak tido..haha
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika... 


  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
ok, kl tengok, colour hijau tu lebih banyak kat bahagian BABY BOY kan.. kan? even masa scan week 12 dulu pun gynae tu cakap macam boy...tapi takmo pecaya lagi selagi tak tengok wee wee dia betul2..hihi... 



10. If you hang your wedding ring over your belly, it moves in circles


It's a girl if...

1. You had morning sickness early in pregnancy

2. Your baby's heart rate is at least 140 beats per minute

3. You are carrying the weight in your hips and rear

 4. Your hair gets red highlights

5. You are carrying high

6. Your belly looks like a watermelon
  
7. You don't look quite as good as normal during pregnancy

8. You are moodier than usual during pregnancy

9. Your face breaks out more than usual

 10. If you hang your wedding ring over your belly, it moves from side to side

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 si cantik berkata:

Post a Comment