RSS

CUTE PRINTED BLAZER MURAH

Salam readers...

i dah jadi official agent untuk WONDERBUTIK!

Siapa nak CUTE PRINTED BLAZER ni?? contact I laju2 k.. stocks is selling fast!

Email NAME, ADDRESS, CONTACT NO & CODE DESIGN to:

trailingveil@gmail.com / SMS 019-6201909 (Schaz)


RM 50 je INCLUDING POSTAGE!

Material: denim cotton lembut sedikt stretchable
Free size boleh muat sampai size L


Ukuran (+- dlm inci):
Bahu 14" | Dada 34" | Armhole 10" | Panjang Tgn 22" | Labuh 25"


CANTIK SGT PAKAI DENGAN MAXI SKIRTS OR MAXI DRESS... material tak tebal sangat so sesuai pakai on the SUNNY DAY sweety!












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROMO : SCARF AND VEIL...MURAHNYE!

Salam alaik.. 

wordless wednesday?

jom layan pics veil and scarf ordered by miss aisyah from sarawak..

theme : baby blue ..she requested for simple beading..and silver patch lace.. i letak diamonte free of charge nak bagi berseri and meletop sikit.. =) hope u like it dearie!





wanna have yours??

let's grab it!

PROMO!!

RM 260 ONLY  for  
SCARF (aida gadis melayu inspired) + VEIL

(price including chiffon gorgette material, patch lace and beading)

murah kan??

ni harga BAIK HATI tau..

HURRY, BOOK YOUR SLOT
 at 
trailingveil@gmail.com




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Az-Zikry suke tengok cartoon

Assalamualaikum...

Alahai kesian blog I..lame sangat ditinggalkan..hampir 5 bulan jugak kot menyepi..betul lah orang cakap bile dah jadi mama memang busy..masa 24 jam tu cepat sangat berlalu..pejam celik pejam celik, eh dah pagi?!! macam baru tido 5 minit je? huuu.. sejak ada baby ni, tidur memang la kejap je..mata memang dah macam PANDA..sebab setiap malam dalam 3-4 kali my baby akan bangun nak susu..takpe la nak, mata mama je macam panda, syukur,  badan mama belum macam panda.. risau jugak uolls, antara punca kegemukan ialah KURANG TIDUR..huuu..

5 bulan menyepi, my baby pun dah 5 bulan 15 hari.. dah pandai meniarap, sekarang tengah belajar mengensot ke depan..tp kadang2 die reverse ke belakang jugak..amboi, mcm orang belajar parking kete plak kau nak...kejap ke depan kejap ke belakang.. Az-Zikry, suke betul tengok cartoon..mandikan wangi2, bagi susu siap2, letak depan tv, dan die akan kusyuk tengok tv..kl nampak adegan yang mengujakan, die akan jerit wwwoooohhhh.. bile iklan,  die merengek, and bila cerita bersambung balik die akan senyap semula.. bijak tak?? subhanallah... suke betul die dengar azan, waktu azan pun papa die selalu ajar kena keep quite.. Bila Mr. Hubby azankan die, die pun berbunyi macam nak ikut azan sekali.. like waaaaa....aaaaaa.... bijak2... memang betul baby's brain just like sponges.. cepat betul meresap! thats why mama not hesitate to buy u flash cards, ini ikhtiar mama untuk stimulate your brain dearie, semoga Zikry cepat boleh membaca nanti..insyaAllah.. 

Owh lama menyepi banyak sangat nak dikongsikan.. macam2 review nak tulis..insyaAllah i'll pin up one by one nanti ya..


Here's my little Zikry and Mr. Hubby Sayang.. 

tengok tu, mereka berdua ialah geng.. mama selalu kena jadi photographer je untuk merakamkan aksi dua beranak yang mengada ini.. huuuu... poor mommy... (@_@)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

U make me cry.... =(

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya. Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”. Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya.

Cintaku bukan pada Rina lagi. Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju. Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. 

Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju. Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan. Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. 

Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras. Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.


Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Cinta macam tanaman... kena siram selalu, sekali sekala kena letak baja, kadang-kadang tanahnya kena digemburkan.... kalau tak, tanaman tu, MATI....

credit to here

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kronologi Bersalin

Fuuhhhh fuuhhhh fuuhhh...banyak betul sawang kat blog ni ye.. kasi mop sket.....

ok, Assalamualaikum sume...alhamdulillah, hari ni datang mood and masa nak update blog..setelah lebih setahun baca pengalaman org bersalin, not its my turn to share my experience pulak la kan..kot2 ada yang in common, blh la dijadikan panduan..ewah...

As mentioned in previous post, I overdue selama 8 hari ye..baby suke sangat berguling2 dalam perut mamanye..

And the story begins..

7 APRIL 2013

6.30 am
Bangun solat subuh, as usual masuk toilet mesti check ade spotting ke ape2 ke, sebab dah overdue kan, maka sangat curious kalau ade turun ape2 tanda..and YES! ade lendir jernih keluar, tapi takde darah ke ape..banyak jugak la dalam 2 sudu besar camtu..haha.. perasaan time tu macam dah tak sabar nak bagitau Mr. Hubby Sayang and my mom sebab nak ajak g hospital..so lepas solat Subuh, story kat Mr. Hubby Sayang..

8.00 am
Turun breakfast and bagitau my mom, mom tanya sakit tak? jawapnye ialah tidak sakit pape pun.. Mom said selalunya tunggu sakit baru pegi hospital..tapi risau pulak sebab ni anak first..mom takde pengalaman camni, sebab ketujuh2 anak beliau sume rasa sakit and pecah air ketuban..

9.00 am
Siap mandi and realize ada lagi lendir keluar, but this time bercampur darah coklat2..SAH! this is the BLOODY SHOW yang selalu digembar-gemburkan dalam blog2 tentang tanda2 bersalin.. told mom and she called my aunt ( she's a doctor). Aunt said tu show tu, tanda nak bersalin, dah boleh pegi hospital.. maka  terkedek2 I siapkan beg sume, mom prepare bakul isi biskut2 and thermos macam nak pegi picnic..im so happy, tanya ape lagi nak bawak ye, air kotak la, milo 3 in 1 la..sempat ajak Mr. Hubby Sayang pegi Econsave nak beli lagi biskut takut tak cukup..pastu mom called suh beli mug yang ada tutup..katanya senang, kalau minum tak abis tutup je.. pulak dahh..g kedai lain plak cari mug yang ada tutup..ehh, nak g beranak ke g picnic aku ni?? weee...

11.00 am
Sampai umah dari bershopping biskut, ingatkan nak pegi dah, rupanya tunggu my dad dulu balik dari kenduri.. perasaan cuak dah mula datang time ni.. lame pulak my dad g kenduri.. mengantuk, so tido dulu, kumpul tenaga nak meneran nanti..

2.00 pm
Selesai solat Zohor, mak suruh makan nasi dulu..sempat la jamah dua tiga suap, dah takde mood nak makan sebab dalam kepala pikir macam2.. and pastu bertolak pegi Hospital Taiping.. perjalanan dalam 1 jam jugak from my house kat Parit Buntar..

3.00 pm
Sampai hospital terus register baru check bukaan..rupanya kat Hos. Taiping, prosedur memang macam tu, once dah register, samada dah ade bukaan or not, WAJIB WARDED terus ye..alamak! so, nak buat camne, serah diri je la, walaupun tak rasa sakit pun time tu.. and as expected, lepas kena seluk, memang belum ade bukaan lagi.. so rasa nak menangis sebab membayangkan entah berapa hari kena duk ward nak tunggu sakit and bukaan 10 cm tu..time ni rasa menyesal datang Hos. Taiping.. baik g Hos. Parit Buntar je.. Dalam kepasrahan, ikut nurse tunjuk ward, nurse sempat cakap "nape tak pegi check dulu bukaan kat klinik luar..kan dah kena warded..nanti lama kena duduk wad sebab anak sulung selalu lambat bukak.." I hanya mampu tersengih je tak tau nak cakap ape..

6.00 pm
Jeng jeng jeng!! dah rasa sakit sikit2..dalam setiap 20 minit macam tu.. time tu sembang2 dengan Mr. Hubby Sayang and my parents..sambil sembang sambil tahan sakit..time ni selera makan memang dah totally takde dah.. Mr.Hubby Sayang belikan kuew tiow DOLY yang popular kat Taiping tu pun I reject..tak nak..tak nak..saket la..tak leh nak makan..

7.00 - 11.00 pm
Menahan sakit yang makin lama makin sakit and makin kerap.. nurse tanya tak nak tengok TV ke ade ABPBH time tu..sengih je kat nurse...dah takde selera dah nak tau sape yang menang ABP, anak aku nak kuar dalam perut ni lagi penting..huhu..

12 MIDNITE
Kebetulan mg BFF sms tanya dah deliver ke belom, than I said sekarang tengah menahan sakit yang amat sangat kat ward..sakit macam dah setiap 5 minit dah..BFF said pegi bagitau nurse cepat...kl ikutkan I, ade ke I nak tunggu nurse buat visit pukul 3 am nanti..gile kan? punye la tak tau nak buat ape, at last panggil nurse, nurse check contraction memang every 5 minutes and kena seluk...bukaan dah 7 CM!! kelam kabut nurse amek wheelchair and suh call husband bagitau. At last, I ditolak masuk dalam labour room..

12 - 2 am
Menahan sakit dalam kesejukan...labour room adelah sangat sejuk ok..awal2 masuk sempat bersembang dengan akak sebelah katil..akak tu dah selesai meneran, tunggu nurse nak jait..pastu contraction makin sakit yang tak tertahan lagi dah..rasa nak cabut alat CTG tu sume, macam nak bangun je dari katil..masa ni segala zikir dan doa yang ada dalam kepala aku baca..huhu..Dr datang untuk check bukaan, and pecahkan air ketuban..tak sakit, cuma ngeri bila tengok dia masukkan alat macam chopstick untuk pecahkan air ketuban tu..at last dalam pukul 1.30 am macam tu I dah rasa nak meneran ya amat.. nurse cakap teran je kalau rasa nak teran.. dalam pukul 2.00 am, nurse dah nampak rambut baby macam dah keluar sikit, baru la nurse ramai2 datang kat I, sediakan peralatan sume.. nurse dudukkan I, and suruh push, ALHAMDULILLAH, push kali pertama keluar kepala baby, dan push kali kedua, maka lahirlah HARIZ AZ-ZIKRY B AZRUL..nurse suruh I pegang baby sementara dia keluarkan semua tali pusat and uri..time tu my baby nangis kuat sangat..segala sakit perit tadi dah tak rasa langsung..yeah, at last i feel the magic yang orang ceritakan tu..then nurse mandikan baby, and bagi I minum Milo..then they do the stitching before I ditolak b alik masuk ward bersama2 dengan baby...


Hariz Az-Zikry fresh from mommy's womb...


Sesungguhnye bersalin AMAT LA SAKIT, tapi macam oarang kata, lepas baby keluar, terus lupa kesakitan masa contraction tu... its magic yang Allah kurnikan pada setiap wanita yang dipilihNya untuk bergelar seorang IBU...

and to all nurses and doctors ward bersalin HOSPITAL TAIPING, thanks very much untuk layanan yang SANGAT BAIK.. sapa yang berniat nak bersalin kat hospital taiping, this is my testimonial.. nurse and doctor sangat baik and lemah lembut..=)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

41 minggu : Im a mommy!!

Assalamualaikum readers...

Alhamdulillah...sesungguhnya kami sangat bersyukur atas anugerah terindah kurniaanMu ya Rabb...


Alhamdulillah..setelah lama menunggu, tepat 41 minggu, permata hati kami telah selamat dilahirkan..


DOB : 8 April 2013 @ 2.23 am
POB : Hospital Taiping
Weight : 3.39 kg
Delivery mode : normal
Gender : Im a HERO! =)

Thanks pada yang mendoakan..nanti i share my experience ye..

Last but not least, bunch of love n thanks to Mr. HUBBY SAYANG untuk kasih sayang and perhatian yang tak berbelah bagi sepanjang 41 minggu itu..semoga Allah pelihara B..sebab dirimu terlalu penting untukku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

40 minggu: masih menunggu..

Assalamualaikum readers..

Hari ni kan, 31.3.13, genap la I pregnant 40 minggu.. means my EDD is today! Tapikan, takde pun lagi tanda2 nak bersalin..no bloody show, no rhythmic contraction, no water bag leakage... waktu sekarang ni, setiap kali rasa sakit dah tak cuak dah, indeed im happy sbb dah tak tertahan rasa nak tatap baby yang I bawak ke hulu hilir selama 40 minggu ni..

Kalau tak bersalin jugak, 9.4.13 ni kena menyerah diri ke Hospital Taiping untuk dimasukkan ubat untuk induce..takpela, sekarang ni tawakal je pada Allah..apa pun ketetapanNya, I redha..sebabnye, memang sepanjang 9 bulan pregnant, alhamdulillah Allah bagi kemudahan takde morning sickness, takde bleeding ape2, makan pun selera je, setiap kali check up BP, hemoglobin, berat badan, tinggi rahim semua cantik je..mungkin sekarang Allah nak uji..jadi kena sabar..as a new mommy to be, tipu kalau I tak risau nape baby tak kuar lagi, camne condition baby dalam perut, cukup ke air ketuban for the baby to survive..nangis tu tak yah cakap la..tension, putus asa sume tu kan keje syaiton yang direjam..dia kan tak suke zuriat adam dilahirkan..jadi, cepat2 balik kepada pedoman..in Surah Lukman ayat  34, Allah said : only He knows what is in the womb.. jadi I serahkan semua pada ketentuannya.. readers doakan I k, insyaAllah lepas deliver nanti I akan kongsikan experience bersalin post-date camne..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS