RSS

Kisah Amalina - Fitnah atau Realiti?

Salam,


Hari ni topik agak berat sikit i nak share..asik pasal wedding preparation je, kite divert sket blh? esok masuk bab wedding balik..hihi..once b2b, forever b2b yeah! ;p

Ok, bg yg dah tahu tentang gambar2 adik Amalina yg tersebar tu, kite masih tak pasti is it really her or not..takut2 kl fitnah, nauzubillah...bg yg xtau, sila google skrg..ok, kita tak nafikan, Amalina is VERY smart girl..kl x masakan dia mampu menelaah 17 subjects dlm masa 2 thn dan dpt A utk semua subject tu kan..kl i mmg dh surrender awal2..huhu..so in a common word, we can say die genius..

So kl betul Amalina dah berubah sepertimana Sufiah Yusuf berubah, i would say, its a CONSPIRACY!! means, i tak salahkan Amalina 100% for her changes due to kejutan budaya or whatsoever. Same goes to Sufiah Yusuf..wahh, confident kau bercakap jah! i know i'm nobody to say that, tapi sy percaya tentang fitnah Dajjal..

“Tidak ada fitnah yang lebih besar dari fitnah dajal.” (Hadis riwayat Ahmad)

Kl uols mengikuti perkembangan ramai cendikiawan, intelek dan genius melayu, ramai cerita mereka berakhir dgn kisah yg mengecewakan? Takkan org sebijak mereka tak mampu bezakan yang jahat dan buruk, yang halal dan tidak..hitam dan putih...tapi bila masa datang suatu keadaan yang sangat menekan, yang sentiasa menghasut manusia ke jalan syaitan, di kelilingi org yang berpegang pd agama Dajjal, itu cabaran yang hebat..

Jadi, sy nak kait dan kongsikan, not only kisah Amalina, tapi kisah2 genius Melayu yg lain jg, dgn kisah fitnah Dajjal which i petik dari website yang menarik.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU
Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 

Akhir kalam, kiamat sudah dekat, dan fitnah Dajjal itu semakin besar, semoga kita semua terhindar..amin...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 si cantik berkata:

Anis aka Mama Mila said...

Wah...sbnrnya kalau betul apa yang artikel ni ckp...mmglah menakutkan. Kita kena jaga2... tp x mustahil betul sbb even my chinese colleague sendiri cakap, kalau cina kahwin melayu anak akan super pandai.

Schaz said...

tu la..takutkan..but i have strong believe that org melayu mmg bijak..kl tak, takkan melaka pernah jadi perlabuhan antarabangsa dgn sistem perdagangan yg hebat,sistem ketenteraan darat dan laut yg hebat..im proud to be malay..=)

Post a Comment