RSS

PROMO : SCARF AND VEIL...MURAHNYE!

Salam alaik.. 

wordless wednesday?

jom layan pics veil and scarf ordered by miss aisyah from sarawak..

theme : baby blue ..she requested for simple beading..and silver patch lace.. i letak diamonte free of charge nak bagi berseri and meletop sikit.. =) hope u like it dearie!





wanna have yours??

let's grab it!

PROMO!!

RM 260 ONLY  for  
SCARF (aida gadis melayu inspired) + VEIL

(price including chiffon gorgette material, patch lace and beading)

murah kan??

ni harga BAIK HATI tau..

HURRY, BOOK YOUR SLOT
 at 
trailingveil@gmail.com




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Az-Zikry suke tengok cartoon

Assalamualaikum...

Alahai kesian blog I..lame sangat ditinggalkan..hampir 5 bulan jugak kot menyepi..betul lah orang cakap bile dah jadi mama memang busy..masa 24 jam tu cepat sangat berlalu..pejam celik pejam celik, eh dah pagi?!! macam baru tido 5 minit je? huuu.. sejak ada baby ni, tidur memang la kejap je..mata memang dah macam PANDA..sebab setiap malam dalam 3-4 kali my baby akan bangun nak susu..takpe la nak, mata mama je macam panda, syukur,  badan mama belum macam panda.. risau jugak uolls, antara punca kegemukan ialah KURANG TIDUR..huuu..

5 bulan menyepi, my baby pun dah 5 bulan 15 hari.. dah pandai meniarap, sekarang tengah belajar mengensot ke depan..tp kadang2 die reverse ke belakang jugak..amboi, mcm orang belajar parking kete plak kau nak...kejap ke depan kejap ke belakang.. Az-Zikry, suke betul tengok cartoon..mandikan wangi2, bagi susu siap2, letak depan tv, dan die akan kusyuk tengok tv..kl nampak adegan yang mengujakan, die akan jerit wwwoooohhhh.. bile iklan,  die merengek, and bila cerita bersambung balik die akan senyap semula.. bijak tak?? subhanallah... suke betul die dengar azan, waktu azan pun papa die selalu ajar kena keep quite.. Bila Mr. Hubby azankan die, die pun berbunyi macam nak ikut azan sekali.. like waaaaa....aaaaaa.... bijak2... memang betul baby's brain just like sponges.. cepat betul meresap! thats why mama not hesitate to buy u flash cards, ini ikhtiar mama untuk stimulate your brain dearie, semoga Zikry cepat boleh membaca nanti..insyaAllah.. 

Owh lama menyepi banyak sangat nak dikongsikan.. macam2 review nak tulis..insyaAllah i'll pin up one by one nanti ya..


Here's my little Zikry and Mr. Hubby Sayang.. 

tengok tu, mereka berdua ialah geng.. mama selalu kena jadi photographer je untuk merakamkan aksi dua beranak yang mengada ini.. huuuu... poor mommy... (@_@)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

U make me cry.... =(

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya. Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”. Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya.

Cintaku bukan pada Rina lagi. Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju. Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. 

Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju. Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan. Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. 

Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras. Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.


Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Cinta macam tanaman... kena siram selalu, sekali sekala kena letak baja, kadang-kadang tanahnya kena digemburkan.... kalau tak, tanaman tu, MATI....

credit to here

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kronologi Bersalin

Fuuhhhh fuuhhhh fuuhhh...banyak betul sawang kat blog ni ye.. kasi mop sket.....

ok, Assalamualaikum sume...alhamdulillah, hari ni datang mood and masa nak update blog..setelah lebih setahun baca pengalaman org bersalin, not its my turn to share my experience pulak la kan..kot2 ada yang in common, blh la dijadikan panduan..ewah...

As mentioned in previous post, I overdue selama 8 hari ye..baby suke sangat berguling2 dalam perut mamanye..

And the story begins..

7 APRIL 2013

6.30 am
Bangun solat subuh, as usual masuk toilet mesti check ade spotting ke ape2 ke, sebab dah overdue kan, maka sangat curious kalau ade turun ape2 tanda..and YES! ade lendir jernih keluar, tapi takde darah ke ape..banyak jugak la dalam 2 sudu besar camtu..haha.. perasaan time tu macam dah tak sabar nak bagitau Mr. Hubby Sayang and my mom sebab nak ajak g hospital..so lepas solat Subuh, story kat Mr. Hubby Sayang..

8.00 am
Turun breakfast and bagitau my mom, mom tanya sakit tak? jawapnye ialah tidak sakit pape pun.. Mom said selalunya tunggu sakit baru pegi hospital..tapi risau pulak sebab ni anak first..mom takde pengalaman camni, sebab ketujuh2 anak beliau sume rasa sakit and pecah air ketuban..

9.00 am
Siap mandi and realize ada lagi lendir keluar, but this time bercampur darah coklat2..SAH! this is the BLOODY SHOW yang selalu digembar-gemburkan dalam blog2 tentang tanda2 bersalin.. told mom and she called my aunt ( she's a doctor). Aunt said tu show tu, tanda nak bersalin, dah boleh pegi hospital.. maka  terkedek2 I siapkan beg sume, mom prepare bakul isi biskut2 and thermos macam nak pegi picnic..im so happy, tanya ape lagi nak bawak ye, air kotak la, milo 3 in 1 la..sempat ajak Mr. Hubby Sayang pegi Econsave nak beli lagi biskut takut tak cukup..pastu mom called suh beli mug yang ada tutup..katanya senang, kalau minum tak abis tutup je.. pulak dahh..g kedai lain plak cari mug yang ada tutup..ehh, nak g beranak ke g picnic aku ni?? weee...

11.00 am
Sampai umah dari bershopping biskut, ingatkan nak pegi dah, rupanya tunggu my dad dulu balik dari kenduri.. perasaan cuak dah mula datang time ni.. lame pulak my dad g kenduri.. mengantuk, so tido dulu, kumpul tenaga nak meneran nanti..

2.00 pm
Selesai solat Zohor, mak suruh makan nasi dulu..sempat la jamah dua tiga suap, dah takde mood nak makan sebab dalam kepala pikir macam2.. and pastu bertolak pegi Hospital Taiping.. perjalanan dalam 1 jam jugak from my house kat Parit Buntar..

3.00 pm
Sampai hospital terus register baru check bukaan..rupanya kat Hos. Taiping, prosedur memang macam tu, once dah register, samada dah ade bukaan or not, WAJIB WARDED terus ye..alamak! so, nak buat camne, serah diri je la, walaupun tak rasa sakit pun time tu.. and as expected, lepas kena seluk, memang belum ade bukaan lagi.. so rasa nak menangis sebab membayangkan entah berapa hari kena duk ward nak tunggu sakit and bukaan 10 cm tu..time ni rasa menyesal datang Hos. Taiping.. baik g Hos. Parit Buntar je.. Dalam kepasrahan, ikut nurse tunjuk ward, nurse sempat cakap "nape tak pegi check dulu bukaan kat klinik luar..kan dah kena warded..nanti lama kena duduk wad sebab anak sulung selalu lambat bukak.." I hanya mampu tersengih je tak tau nak cakap ape..

6.00 pm
Jeng jeng jeng!! dah rasa sakit sikit2..dalam setiap 20 minit macam tu.. time tu sembang2 dengan Mr. Hubby Sayang and my parents..sambil sembang sambil tahan sakit..time ni selera makan memang dah totally takde dah.. Mr.Hubby Sayang belikan kuew tiow DOLY yang popular kat Taiping tu pun I reject..tak nak..tak nak..saket la..tak leh nak makan..

7.00 - 11.00 pm
Menahan sakit yang makin lama makin sakit and makin kerap.. nurse tanya tak nak tengok TV ke ade ABPBH time tu..sengih je kat nurse...dah takde selera dah nak tau sape yang menang ABP, anak aku nak kuar dalam perut ni lagi penting..huhu..

12 MIDNITE
Kebetulan mg BFF sms tanya dah deliver ke belom, than I said sekarang tengah menahan sakit yang amat sangat kat ward..sakit macam dah setiap 5 minit dah..BFF said pegi bagitau nurse cepat...kl ikutkan I, ade ke I nak tunggu nurse buat visit pukul 3 am nanti..gile kan? punye la tak tau nak buat ape, at last panggil nurse, nurse check contraction memang every 5 minutes and kena seluk...bukaan dah 7 CM!! kelam kabut nurse amek wheelchair and suh call husband bagitau. At last, I ditolak masuk dalam labour room..

12 - 2 am
Menahan sakit dalam kesejukan...labour room adelah sangat sejuk ok..awal2 masuk sempat bersembang dengan akak sebelah katil..akak tu dah selesai meneran, tunggu nurse nak jait..pastu contraction makin sakit yang tak tertahan lagi dah..rasa nak cabut alat CTG tu sume, macam nak bangun je dari katil..masa ni segala zikir dan doa yang ada dalam kepala aku baca..huhu..Dr datang untuk check bukaan, and pecahkan air ketuban..tak sakit, cuma ngeri bila tengok dia masukkan alat macam chopstick untuk pecahkan air ketuban tu..at last dalam pukul 1.30 am macam tu I dah rasa nak meneran ya amat.. nurse cakap teran je kalau rasa nak teran.. dalam pukul 2.00 am, nurse dah nampak rambut baby macam dah keluar sikit, baru la nurse ramai2 datang kat I, sediakan peralatan sume.. nurse dudukkan I, and suruh push, ALHAMDULILLAH, push kali pertama keluar kepala baby, dan push kali kedua, maka lahirlah HARIZ AZ-ZIKRY B AZRUL..nurse suruh I pegang baby sementara dia keluarkan semua tali pusat and uri..time tu my baby nangis kuat sangat..segala sakit perit tadi dah tak rasa langsung..yeah, at last i feel the magic yang orang ceritakan tu..then nurse mandikan baby, and bagi I minum Milo..then they do the stitching before I ditolak b alik masuk ward bersama2 dengan baby...


Hariz Az-Zikry fresh from mommy's womb...


Sesungguhnye bersalin AMAT LA SAKIT, tapi macam oarang kata, lepas baby keluar, terus lupa kesakitan masa contraction tu... its magic yang Allah kurnikan pada setiap wanita yang dipilihNya untuk bergelar seorang IBU...

and to all nurses and doctors ward bersalin HOSPITAL TAIPING, thanks very much untuk layanan yang SANGAT BAIK.. sapa yang berniat nak bersalin kat hospital taiping, this is my testimonial.. nurse and doctor sangat baik and lemah lembut..=)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

41 minggu : Im a mommy!!

Assalamualaikum readers...

Alhamdulillah...sesungguhnya kami sangat bersyukur atas anugerah terindah kurniaanMu ya Rabb...


Alhamdulillah..setelah lama menunggu, tepat 41 minggu, permata hati kami telah selamat dilahirkan..


DOB : 8 April 2013 @ 2.23 am
POB : Hospital Taiping
Weight : 3.39 kg
Delivery mode : normal
Gender : Im a HERO! =)

Thanks pada yang mendoakan..nanti i share my experience ye..

Last but not least, bunch of love n thanks to Mr. HUBBY SAYANG untuk kasih sayang and perhatian yang tak berbelah bagi sepanjang 41 minggu itu..semoga Allah pelihara B..sebab dirimu terlalu penting untukku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

40 minggu: masih menunggu..

Assalamualaikum readers..

Hari ni kan, 31.3.13, genap la I pregnant 40 minggu.. means my EDD is today! Tapikan, takde pun lagi tanda2 nak bersalin..no bloody show, no rhythmic contraction, no water bag leakage... waktu sekarang ni, setiap kali rasa sakit dah tak cuak dah, indeed im happy sbb dah tak tertahan rasa nak tatap baby yang I bawak ke hulu hilir selama 40 minggu ni..

Kalau tak bersalin jugak, 9.4.13 ni kena menyerah diri ke Hospital Taiping untuk dimasukkan ubat untuk induce..takpela, sekarang ni tawakal je pada Allah..apa pun ketetapanNya, I redha..sebabnye, memang sepanjang 9 bulan pregnant, alhamdulillah Allah bagi kemudahan takde morning sickness, takde bleeding ape2, makan pun selera je, setiap kali check up BP, hemoglobin, berat badan, tinggi rahim semua cantik je..mungkin sekarang Allah nak uji..jadi kena sabar..as a new mommy to be, tipu kalau I tak risau nape baby tak kuar lagi, camne condition baby dalam perut, cukup ke air ketuban for the baby to survive..nangis tu tak yah cakap la..tension, putus asa sume tu kan keje syaiton yang direjam..dia kan tak suke zuriat adam dilahirkan..jadi, cepat2 balik kepada pedoman..in Surah Lukman ayat  34, Allah said : only He knows what is in the womb.. jadi I serahkan semua pada ketentuannya.. readers doakan I k, insyaAllah lepas deliver nanti I akan kongsikan experience bersalin post-date camne..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

39 minggu : baby taknak keluar lagi

Assalamualaikum sume..korang watpe tu? Cuaca sekarang sangat la panas kan.. sila minum air banyak2 ye.. eh,ape yg ku merapu ni.. haha..actuallynak buat entry pasal my pregnancy.. minggu ni dah masuk minggu 39.. tapikan, tanda2 baby nak keluar belum lagi menampakkan wajah...

I dah balik kampung since last week lagi, bersemangat ajak Hubby SAyang balik cepat2 sbb takut terberanak kat Batu Pahat.. rupanya sampai hari ni baby masih belum puas berguling2 dalam perut mama.. takpelah baby..mama faham, tarikh kelahiran tu Allah memang dah tetapkan.. sekarang kaki sangatlah bengkak.. since 8 month hari tu setiap kali check up, mesti nurse melopong tengok kebengkakkan kaki i.. pagi tadi buat check up pun, nurse cakap kaki i bengkak macam bom nak meletop..hahaha.. sakit tau nak menapak ke sini ke sana.. seb baik dah beli selipar bulu2 tebal tu untuk menapak dalam rumah, kurang sikit rasa sakit.. kemain lagi mak buyong, nak selipar berbulu2 jugak, padahal blh je pakai flip flop kan..weee..itte mmg ngade2 sket..haha

Duduk kat rumah my mom, mmg dijaga mcm puteri..alahai,thanks mak.. makan sume mak siapkan..dan dipastikan berkhasiat n seimbang..even my mom told Hubby Sayang "jangan risau, mak jaga dia elok2.." terharu pulak.. (T_T) mommy, eventho i'm married, i still wanna b your baby girl...... (@_@)

Since Hubby Sayang pun dah balik johor untuk bekerja, hari2 yang dilalui penuh dgn rasa rindu.. start daripada i quit my job, kami tak penah berjauhan.. so ketiadaan suami di sisi sangat la dirasai.. hopefully baby cepat2 la kuar ye dearie, coz mama miss ur daddy..huhu.. sebabnye, dah start rasa sakit nanti baru akan inform Hubby Sayang..semoga dia berada disisi i waktu labouring nanti...amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengorbanan seorang isteri

Assalamualaikum readers.. just wanna share this article with u, i've read, and the tears fall..


Pengorbanan Seorang Isteri

Artikel yg indah tu semua para isteri.. Ya Allah,betapa mulianya pekerjaan sebagai seorang isteri.. Mmg menitis air mata bila kita dalami artikel ni... 

  
Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki asing, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.


Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.

Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.

Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.

Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan aib suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.

Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Biar sudah tidak lagi dapat merasa 'TOMYAM CAMPUR' kesukaannya, lantaran suami alah dengan seafood, dituruti sahaja. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.

Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Lenguh2 dan sakit pinggang untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri.  Kerja-kerja itu sudah dianggap alah bisa tegal biasa. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.

Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.

Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar. Bersengkang mata tidak dapat tidur, bersesak dada ketika baring, lenguh pinggang ketika mengiring, semua diharungi seorang diri sedang si suami lena diulit mimpi.

Sewaktu usia kandungan menginjak ke trimester akhir, beban badan semakin berat. Duduk bangun terasa azab, bila berjalan cepat terasa penat. Suami yang memandang pun rasa rimas melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Ada suami yang tinggalkan sahaja isterinya berjalan sendiri di belakang. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.
Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.
Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.
Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.

Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.

Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.

Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah.
Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja lebih masayang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.

Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap sporting dan tahu menghargai susah payah isteri.

Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.

Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup mogok dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.

Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau bahasa badannya saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.

Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.

Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.

Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.

Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.
******


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pregnancy : Minggu ke 36

Assalamualaikum lovelies.. wordless wednesday? tak, wonderful wednesday... sebabnye minggu ni cukup 36 minggu bergelar mommy-to-be.. maknanya dah 9 bulan..maknanya boleh bersalin bila2 masa je ni kan...fuuhhh..memikirkan camne la sakit contraction yang selang 5 minit tu.. memikirkan camne lah miss V digunting dan dijahit hidup2 tu membuatkan I agak cuak jugak la.. cuba jugak positifkan minda, insyaAllah ok.. nak jumpe baby ke tak nak?? haa..kalau nak kena lalui la sume tu.. semoga Allah permudahkan.. memang dah tak sabar sangat nak jumpa LITTLE CALIPH yang selalu tendang2 perut mama, yang bergolek2 dalam perut mama tu, yang selalu kejut mama bangun Subuh tu...

Sekarang ni badan dah terasa berat sangat.. and my weight?? daripada underweight, 39 kg before pregnant, terus mencanak2 beratku naik ke 59 kg hokeyyyy!!risau jugak, ade diabetes ke..alhamdulillah buat MGTT test hari tu, blood glucose masih dalam range normal..fuuhhh, lega.. maka bila berat naik 20 kg tu, nak jalan pun tak larat sangat.. kaki cepat je lenguh, tak tahan nak berdiri lama2, thats why I cakap kat Mr. Hubby Sayang, I tak larat nak masak.. sebab bila masak kena berdiri lama2, yang membuatkan kaki I bengkak and setiap langkah akan terasa sakit.. solat pun buat secara duduk je start daripada 8 bulan hari tu.. sebab lutut rasa sakit sangat setiap kali nak berdiri bangun dari sujud tu.. so memang ada rukhsah untuk wanita hamil solat duduk bila kandungan dah masuk 3rd trimester kan.. maka gunakan lah..

Mulai minggu ni jugak I dah start consume VCO Tanamera, sesudu setiap hari.. tak tau ok ke tak dengan I.. sebab ada my friend makan, naik ruam2 kat badan.. so baru 3 hari I makan, tak nampak tanda2 alergik lagi..and, I dah start buat perineal massage..TAPI, aku tak tau betul ke idak cara mengurut tu!..haha.. hentam saje la labu, janji usaha.. hopefully dapat mengurangkan koyakan Miss V, kalau boleh tak nak langsung Miss V koyak, boleh ke?...hmm.. tawakal je lah kan..

Barang2 baby yang penting2 insyaAllah dah cukup semuanya.. yang besar2 je tak beli lagi macam stroller, car seat, katil baby.. sebab plan nak survey2 dulu kat SOGO..cewah.. lagipun nanti I akan berpantang kat kampung, so benda tu sume tak perlu lagi kot, lepas pantang pun boleh beli..

Dulu zaman B2B letak gambar preparation majlis, lepas majlis letak gambar kawen, pastu gambar honeymoon... so nak mengabadikan sekeping gambar babymoon kat sini lah..  time ni 8 bulan, menunaikan hajat Mr. Hubby Sayang nak berjalan g Terengganu and Kelantan.. merangkap babymoon kami.. =)

time ni berat adalah 58 kg.. yess, terasa sangat besar dan selalu terlanggar tepi pintu and sinki sebab tak pandai budget perut yang dah melebar ke depan dan ke tepi..sian baby (@,@)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby tersedu-sedan dalam perut mommy

Assalamualaikum semuanya.. korang watpe tu?

I kan, baru je discover sesuatu.. hihihi.. selama ni, 'sesuatu' tu sangat menghantui dan merisaukan I.. coz 'sesuatu' tu berlaku almost everyday!!

Apakah??

I baru je tau, rupanya  rasa degupan kat dalam perut I, its like degupan jantung, tapi lagi kuat, rupanya ialah baby sedang tersedu-sedan... subhanallah! I mula realize benda ni lebih kurang masa 26 weeks dulu.. tapi masa tu, jarang sikit berlaku.. so I diamkan aje.. pastu lama kelamaan I mula la risau.. suruh Mr. Hubby Sayang pegang perut I, dia pun rasa degupan tu, its so unlike normal fetal movement, coz its happen rhythmically..Hubby Sayang tanya, kenapa yang? I said 'sayang tak tau...' exactly macam rasa degupan jantung, tapi kuat, and boleh diperhatikan perut berdenyut  secara beritma gitu..its happen dalam 5-10 minit jugak..I always try to think positive..tapi disebabkan tiada pengalaman, maka I ni memang la cepat jadi risau.. is there anything happen to my baby ke... die tengah survive macam nak lemas ke.. jantung baby ade prob ke sbb kuat sangat degupan tu.......nauzubillah... apa yang boleh I buat is just tadah tangan, mengadu pada YANG MAHA PENCIPTA..selamatkan la anakku..sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim....YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

Then I google2, rupanya2 ramai je mommy-to-be yang lain pun rasakan perkara yang same..and it is normal.. disebabkan baby sedang berlatih untuk bernafas.. and some Dr's blogs said, sedu ni normal je  terjadi sebab diafragma baby belum kuat lagi.. diafragma dalam keadaan kendur, so untuk tarik balik
 diafragma tu ke bawah, udara perlu disentap masuk dalam paru2 sekaligus..so proses sentapan tu menghasilkan effect sedu tu.. k, bukak balik buku sains darjah 5 ye, bab sistem pernafasan u olls..eh, ade lagi ke?? tak yah susah2, bukak buku google je kan..



 Sedu atau hiccups terjadi bila diafragma kendur ke atas, so untuk tegangkan semua, otak akan hantar isyarat untuk epiglotis ditutup, udara dalam paru2 akan menendang2 untuk keluar yang akan menolak diafragma ke bawah.. proses ni akan berlanjutan sampai la diafragma tu berjaya berfungsi seperti biasa..

K, nak siap2 g dinner malam ni..bye!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROMOTION : FREE BUTTON BADGE!

Salam readers..

Sejak pregnant, I asik update post about pregnancy je kan..so hari ni nak kembalikan mood zaman b2b dulu plak.. saje nak share promo ni, I rasa macam menarek je..

1000 sticker + 30 pcs button bagde @ RM 150!!

Zaman I dulu sticker color2 and button badge color2 ni agak mahal jugak tau..untung la b2b zaman sekarang...cewah..

So sape yang tengah plan nak buat button badge untuk family and relatives on ur big day, grab la cepat2, sebab promo ni tamat pada 28 FEB 2013...



JUST HIT THIS LINK TO HAVE YOURS!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Review : Bumble Bee Nursing pillow and storage bottle MURAH

Salam semua.. hari ni hari Jumaat, mestour i ramai suke Jumaat kan, especially bg yang bekerja sbb esok cuti, and Jumaat time rehat panjang sket.. dlu I time lunch hour Jumaat, sempat je melangkah ke jalan TAR la..paling jauh is pegi Jakel Shah Alam tuh..from Cheras..haha..

K, hari ni I excited nak tulis post ni sebab nak share dengan mommies tentang NURSING PILLOW(NP) yang I dah dapat semalam.. rasanya nursing pillow ni optional item la, takde lah terlalu penting, its just kalau ada, dapat bagi keselesaan untuk mommies yang berhajat nak exclusively breastfeed your babies.. daripada early pregnancy dulu I dah survey2 kat mane jual nursing pillow yang murah.. ofkos harganya standard je, unless ada sale..  tapi tu la, duk survey2 aje, tak beli2 pon! I dah target blogshop macam Littlewhiz and Onebabyworld sebab that day tengok agak murah jugak.. time YES dulu I tengok Bumble Bee NP RM 62+ , rasa dah murah dah tu, tapi I cakap time tu takpe la, awal lagi pun nak beli..early January I tengok harga dia dah jadi RM 99.99 okay!! terkejut gila and rasa menyesal sangat tak beli time YES hari tu..

So pun start google2 kat mane ade jual NS Bumble Bee lagi...akhirnya! rezeki I kot, dapat jumpa blogshop jual NS Bumble Bee murah... its RM 59.90 ONLY!! so, untuk tidak mengulangi kesilapan lalu, yakni terhegeh2 nak beli, I terus confirm order..cuma kat situ, tak boleh nak pilih design sarung dia..takpelah, orang dah bagi murah tu ko jangan banyak songeh pulak kan..agak2 boring dengan sarung tu, nnt boleh je beli sarung lain kan..pastu I godek2 lagi barang ape yang murah2 kat situ, jumpa Bumble Bee storage bottle, 2 boxes (20 pieces) = RM 48 ONLY!! wah wah wah...penjimatan berganda2 ni..paling murah I penah jumpa RM 28 per box.. ni giler murah ni.. maka WAJIB grab nih..so total termasuk postage RM 6 = RM 113.90.. memula I takut jugak nak order, macam murah sangat la plak..tapi redha je la, hopefully tu bukan company menipu..alhamdulillah lega sebab dah sampai kat tangan I smalam..banyak lagi barang baby yang murah2 kat situ, Autumn ziplock storage bag tu pun baru RM 9 per box.. so, korang g terjah sendiri la ye kat sini..mumnbaby.com.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Barut Baby MURAH

Assalamualaikum..

Hari ni I nak share sikit pasal barut baby.. barut pun sekarang dah cecantik kan.. color2, siap bercorak2 lagi..cakap je nak material camne, cotton flannel ke, 100% cotton ke, US designer cotton ke, sume ade..jangan ko carik yang material satin ke chiffon ke udah ler.. Barut ni antara baby gears yang paling last skali I beli.. sebabnye pegi kedai baby, pegi supermarket, susah sangat nak jumpa barut yang menepati citarasa.. kebanyakannya kecik sangat.. actually I pun dah terbeli baru jenis zapp-on or velcro tu, lebar dalam 9cm macam tu je..masa tu jahil lagi, nasib baik beli 2 je.. so I nak kongsikan kat sini la, for those yang tak tau sangat pasal barut ni.. sebab I pun baru menuntut2 ilmu pasal barut ni..

Barut atau nama omputihnye baby binder, walaupun kelihatan sangat amalan yang oldskool, tapi sangat penting u olls, untuk mengelakkan baby dari kembung perut disebabkan angin yang berlebihan dalam badan.. and I tengok, baby yang tak dipakaikan barut masa kecik, postur badan diorang tak cantik, macam perut buncit and tonggek..thats my observation la.. maybe ade je yang cakap 'alah, anak aku tak pakai barut ok je..' or 'anak aku tak pakai barut so far takde pon kembung perut..' yes, its up to u mommies, its your baby and your choice.. i choose to believe the old-folks stories sbb I nampak kebaikannye..

Barut ni sepatutnya cover bahgian perut baby sampai ke dada..thats why nak beli barut kena beli yang lebar sikit..kalau kecik sangat nanti jadi bra..oops, kang baby boy kecik2 pakai bra pulak jadinya..oh, cannot cannot..measurement tu of cos depends on your baby size la.. I pun tak tau measurement badan my baby macam mane coz die tak kuar lagi kan, but i choose to buy yang 6inch in width.. I rasa dah lebar dah kot ukuran tu..sebab kl baby kecik, boleh lipat sikit untuk suit baby size..so better beli yang lebar sikit, boleh pakai lama..

Sesuai dengan design2 yang kiut miut, harga barut sekarang pun sama dengan tahap kecomelannya.. lagi comel rupa barut tu, sure harganya lagi melonjak2 kegembiraan.. I beli takde la yang mahal sangat sebab pikir barut pakai kat dalam je, tapi nak la yang bercorak juge.. sebab my mom cakap nak sponsor lagi barut, so I bet mesti dia beli yang putih tu kan..

I beli kat sini, Barut Enna

1 piece = RM 5.50
6 pieces = RM 30 (excluded postage)

Material = bahagian luar cotton flannel, bahagian dalam cotton

Ukuran = 19" X 6"

Ada jenis barut bertali and ada yang jenis velcro.. I choose tali sebab lebih tahan lama and boleh grab kemas badan baby.. ada curve kat blakang montot untuk elak kena poo poo baby..

Ni some of design yang ade untuk dipilih..




So far ini yang paling murah yang I dah survey, sebab pakai flannel + cotton.. ada yang lagi murah, tapi material macam kain langsir..huhu..ya ampuunnnn... k, bye! selamat bershopping barut pada yang tak beli lagi!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Breastpump : Avent Manual

Assalamualaikum..

LISTEN LISTEN LISTEN!! haha..sekarang berlaku fenomena LISTEN tu kan..sape yg ade FB rasanya kebanyakan tau la fenomena tu pasal ape kan..

Akhirnya I berjaya membeli breastpump.. macam hebat sangat je guna perkataan berjaya tu kan..macam beli Medela Freestyle je bunyinye kan..tak lah, I beli Avent Natural Manual Breastpump je.. kalau u olls ade baca my previous2 post about breastpump, I target nak beli Medela Swing kan..tapi ni nape beli Avent manual BP pulak? I beli Avent Manual BP ni sebab lepas berfikir banyak kali jugak.. sebab utama I decided beli Avent Manual BP ni, sbb "TAK BERANI BELI BP MAHAL2 SECARA ONLINE..." sebab tak dapat nak try and feel, samada fit my breast ke tak..samada suction dia seswai ke tak dengan I..sebab lepas I survey2, ramai jugak mommies yang berjaya dalam arena EXCLUSIVE BREASTFEEDING ni suggest sebelum beli, better try dulu..setiap orang lain2, ada yang dah beli Medela FS, last2 tak sesuai, nipple sakit..pastu beli Spectra 3, baru sesuai..so disebabkan dual electric breastpump harganya TAK MURAH, so I decided untuk tangguhkan dulu beli..sebab area Batu Pahat ni takde Baby shop yang provide chance untuk customer try BP.. yang ada mostly in KL macam FabulousMom and Enjoyfreastfeed.. nak pegi KL tu pun tak tau la bila kan, since sekarang agak BZ nak siapkan labworks before deliver, plus Mr. Hubby Sayang pun bz.. thats why I beli je dulu Avent Manual BP ni.. in case tak sempat nak ke KL nak 'test drive' BPs tu sebab baby dah tak sabar melihat dunia, at least ada back up BP.. sebab I rasa penting sangat untuk ada BP ni, in case masa dalam pantang berlaku 'nipple cracks' ke, or baby kena warded ke..(nauzubillah) or whatever that might happen yang membuatkan I tak boleh direct feeding my baby, sekurang2nya I boleh buat stock susu and masih dapat susukan baby dengan SUSU TERBAIK DI DUNIA kurniaan Allah S.WT..

Since hari tu Littlekids ade buat promotion Avent Natural Manual BP ni, RM 160.12 je including postage.. I rasa dah murah dah compare dengan tempat lain ade yang jual RM 200 + .. yang Avent Classic Manual BP lagi murah, tapi I like the Natural range..wide neck, mimic mommy breast..dalam usaha meminimakan 'nipple confusion' .. Kenapa tak beli Medela Manual ke, Little Bean ke, jawapannya mudah.. SEBAB DAH JATUH CINTA PANDANG PERTAMA..hihi..lagipun lepas study2 sikit pasal Avent Natural Manual BP tu, rasanya insya-Allah ok..


Ni la BP yang I beli tu..it comes together with Natural Range Teat, sealing disc, 2 pieces disposable Day and Nite breast pad.. secara automatiknya baby ade lagi satu variation feeding botol, iaitu Avent Natural Range bottle.. so incase my baby tak suka botol TT yang I dah beli tu, boleh bagi dia try yang Avent ni.. plus Avent Natural teats tu still compatible untuk insert pada Classic range.. sbb feeding bottle Natural range mahal sikit compare dengan Classic range.. as for me bentuk botol tak penting sangat kot, yang penting bentuk teats tu kan..ni compatiblity chart dia..


Si bila dah order, mesti la tak sabar nak tunggu BP tu sampai kan..alhamdulillah, hari ni order, keesokan harinya pun sampai..so ape lagi, I try2 la pump2, dekat Mr. Hubby Sayang pun I try jugak..haha..jadi bahan mainan plak..okay,rasa selesa sangat sebab dia ada soft massage cushion dekat suction cup tu, and the shape just nice for me.. BP dah ade, so sekarang perlu banyakkan berdoa supaya baby selamat, dpt deliver dengan selamat, and dapat produce banyak susu untuk baby...

ok, till then
schaz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby cot or playpen?

Assalamualaikum..

Hari ni secara rasminya my pregnancy dah masuk the FINAL TRIMESTER..fuhh..its a final countdown lah ye..semoga semuanya selamat...amiinn.. so dah masuk 28th week ni, patutnya segala persiapan utama dah pun siap kan.. mane la tau kot2 ditakdirkan baby keluar awal kan..so at least mama and papa dah ready nak sambut baby...TAPIIII... actually banyak sangat lagi barang2 baby I tak beli lagi u ollss..especially stuffs utk bathing, grooming, hygiene sume tuh..hopefully end of this month sume keperluan utama dah lengkap.. rocker, baby carrier sume tuh pas deliver pun blh beli.. so antara barang2 penting jugak adalah tempat anakku nak beradu nanti..mula2 dulu rasa macam tak penting, since banyak jugak org cakap tak payah beli coz banyak baby refuse untuk tido dalam cot.. tapi I rasa macam sempit je kl nak berkongsi katil dengan mama papanye nanti..mama dah la tido ganas..selalu mendominasi ruang katil sampai papa pun tido pun sipi2, nasib baik tak terjatuh laki aku.. hahaha..memandangkan tabiat tido yang agak ganas, maka rasanya baby cot or playpen adalah PERLU.. bukan KEINGINAN lagi, tapi dah jadi KEPERLUAN..

Ok, antara BABY COT, and PLAYPEN, mana satu pilihan kalbu??

Setelah di tambah tolak, di belek2, I decided to go for BABY COT ala2 PLAYPEN..wah, gitu..dua2 sekali mak jemah amek kau..! coz katil tu tak pasti la function dia macam baby cot, tapi dari segi rupa macam playpen.. nama rasmi dia SWEET CHERRY RABIEN BABY BED.. my main criteria dalam memilih baby bed ialah --> bahagian tepi mesti boleh bukak supaya boleh sambungkan dengan katil mama.. so kalau playpen, memang dah solid tak leh nak bukak mana2 side pun, while baby cot selalunya boleh bukak 1 side, tapi more pricey, plus kena beli kelambu bagai..so baby bed sweet cherry ni macam menepati sume kriteria yang I nak, plus ALL IN ONE..and cute jugak la.. meh tengok sket katil mak jemah berkenan sangat nih..


It comes in 2 colors je..polka dot orange tu dengan baby blue.. rasanya I berkenan yang orange tu, sebab unisex plus ceria sikit.. I like bright colors...


Ni la yang I cakap tu, walaupun rupa macam playpen, tapi dia boleh bukak kat tepi tu, so boleh sambungkan dengan katil I, senang nak intai2 and nak breastfeed baby waktu malam.. around RM 340, u will get bakul kecik tu, aka bassinet, plus kelambu and stand dia skali.. pastu dia ada roda, senang nak tolak ke sana sini, roda tu boleh lock..penting tu, mama kan tido ganazz, so takut tertendang katil ni, takde la berpusing katil ni nanti..hahaha..

Bassinet tu leh sangkut kat both sides, dia macam jadi terapung, so newborn baby boleh la masukkan dalam bassinet tu and swing pelan2.. 

So I stick dengan my decision, skrg tengah survey price je, yang mana offer paling murah, I akan sambar.. tapi so far harganya harus la sama je , online ke, kat Parkson ke, yakni RM 339..

Ok, till then,
 Salam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS