Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Pregnancy : Minggu ke 36
Posted by
Schaz
|
Labels:
Pregnancy
Assalamualaikum lovelies.. wordless wednesday? tak, wonderful wednesday... sebabnye minggu ni cukup 36 minggu bergelar mommy-to-be.. maknanya dah 9 bulan..maknanya boleh bersalin bila2 masa je ni kan...fuuhhh..memikirkan camne la sakit contraction yang selang 5 minit tu.. memikirkan camne lah miss V digunting dan dijahit hidup2 tu membuatkan I agak cuak jugak la.. cuba jugak positifkan minda, insyaAllah ok.. nak jumpe baby ke tak nak?? haa..kalau nak kena lalui la sume tu.. semoga Allah permudahkan.. memang dah tak sabar sangat nak jumpa LITTLE CALIPH yang selalu tendang2 perut mama, yang bergolek2 dalam perut mama tu, yang selalu kejut mama bangun Subuh tu...
Sekarang ni badan dah terasa berat sangat.. and my weight?? daripada underweight, 39 kg before pregnant, terus mencanak2 beratku naik ke 59 kg hokeyyyy!!risau jugak, ade diabetes ke..alhamdulillah buat MGTT test hari tu, blood glucose masih dalam range normal..fuuhhh, lega.. maka bila berat naik 20 kg tu, nak jalan pun tak larat sangat.. kaki cepat je lenguh, tak tahan nak berdiri lama2, thats why I cakap kat Mr. Hubby Sayang, I tak larat nak masak.. sebab bila masak kena berdiri lama2, yang membuatkan kaki I bengkak and setiap langkah akan terasa sakit.. solat pun buat secara duduk je start daripada 8 bulan hari tu.. sebab lutut rasa sakit sangat setiap kali nak berdiri bangun dari sujud tu.. so memang ada rukhsah untuk wanita hamil solat duduk bila kandungan dah masuk 3rd trimester kan.. maka gunakan lah..
Mulai minggu ni jugak I dah start consume VCO Tanamera, sesudu setiap hari.. tak tau ok ke tak dengan I.. sebab ada my friend makan, naik ruam2 kat badan.. so baru 3 hari I makan, tak nampak tanda2 alergik lagi..and, I dah start buat perineal massage..TAPI, aku tak tau betul ke idak cara mengurut tu!..haha.. hentam saje la labu, janji usaha.. hopefully dapat mengurangkan koyakan Miss V, kalau boleh tak nak langsung Miss V koyak, boleh ke?...hmm.. tawakal je lah kan..
Barang2 baby yang penting2 insyaAllah dah cukup semuanya.. yang besar2 je tak beli lagi macam stroller, car seat, katil baby.. sebab plan nak survey2 dulu kat SOGO..cewah.. lagipun nanti I akan berpantang kat kampung, so benda tu sume tak perlu lagi kot, lepas pantang pun boleh beli..
Dulu zaman B2B letak gambar preparation majlis, lepas majlis letak gambar kawen, pastu gambar honeymoon... so nak mengabadikan sekeping gambar babymoon kat sini lah.. time ni 8 bulan, menunaikan hajat Mr. Hubby Sayang nak berjalan g Terengganu and Kelantan.. merangkap babymoon kami.. =)
time ni berat adalah 58 kg.. yess, terasa sangat besar dan selalu terlanggar tepi pintu and sinki sebab tak pandai budget perut yang dah melebar ke depan dan ke tepi..sian baby (@,@)
Read User's Comments(7)
Baby tersedu-sedan dalam perut mommy
Assalamualaikum semuanya.. korang watpe tu?
I kan, baru je discover sesuatu.. hihihi.. selama ni, 'sesuatu' tu sangat menghantui dan merisaukan I.. coz 'sesuatu' tu berlaku almost everyday!!
Apakah??
I baru je tau, rupanya rasa degupan kat dalam perut I, its like degupan jantung, tapi lagi kuat, rupanya ialah baby sedang tersedu-sedan... subhanallah! I mula realize benda ni lebih kurang masa 26 weeks dulu.. tapi masa tu, jarang sikit berlaku.. so I diamkan aje.. pastu lama kelamaan I mula la risau.. suruh Mr. Hubby Sayang pegang perut I, dia pun rasa degupan tu, its so unlike normal fetal movement, coz its happen rhythmically..Hubby Sayang tanya, kenapa yang? I said 'sayang tak tau...' exactly macam rasa degupan jantung, tapi kuat, and boleh diperhatikan perut berdenyut secara beritma gitu..its happen dalam 5-10 minit jugak..I always try to think positive..tapi disebabkan tiada pengalaman, maka I ni memang la cepat jadi risau.. is there anything happen to my baby ke... die tengah survive macam nak lemas ke.. jantung baby ade prob ke sbb kuat sangat degupan tu.......nauzubillah... apa yang boleh I buat is just tadah tangan, mengadu pada YANG MAHA PENCIPTA..selamatkan la anakku..sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim....YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...
Then I google2, rupanya2 ramai je mommy-to-be yang lain pun rasakan perkara yang same..and it is normal.. disebabkan baby sedang berlatih untuk bernafas.. and some Dr's blogs said, sedu ni normal je terjadi sebab diafragma baby belum kuat lagi.. diafragma dalam keadaan kendur, so untuk tarik balik
diafragma tu ke bawah, udara perlu disentap masuk dalam paru2 sekaligus..so proses sentapan tu menghasilkan effect sedu tu.. k, bukak balik buku sains darjah 5 ye, bab sistem pernafasan u olls..eh, ade lagi ke?? tak yah susah2, bukak buku google je kan..
Sedu atau hiccups terjadi bila diafragma kendur ke atas, so untuk tegangkan semua, otak akan hantar isyarat untuk epiglotis ditutup, udara dalam paru2 akan menendang2 untuk keluar yang akan menolak diafragma ke bawah.. proses ni akan berlanjutan sampai la diafragma tu berjaya berfungsi seperti biasa..
K, nak siap2 g dinner malam ni..bye!
BREAST PUMP..decided!
Salam sume..since dapat tau pregnant, I dah mula start blog-walking, survey2 barang2 baby yang mana murah n mahal, yang mana best n tak best... antara benda yang i survey is breast pump..i memang berhajat n berniat nak bg exclusive breastfeeding to my baby sampai umur 2 tahun..insyaAllah.. nak breastfeed baby bukanlah tugas yang mudah untuk org yang betul2 faham what is breastfeeding is all about..kena ada ilmu, teknik, usaha and doa.. tp insyaAllah, semoga niat baik seorang ibu untuk bagi yang terbaik utk zuriatnya, Allah akan permudahkan..
Maka, kalau dah ada niat camtu, kena la usaha..antaranya, kena melabur sikit la beli breastpump..im eyeing on electric breastpump..nak pump smpai umur baby 2 tahun, kl pakai manual breastpump, takut hajat tu terbantut di tengah jalan sebab tangan lenguh..nak pump bukan sekali je sehari, the best is setiap 2 jam sekali..so i survey2, antaranya :
1. MEDELA FREESTYLE - yang ni memang la idaman sume mommy2..termasuk la i..tapi price dia tak menjadi idaman i sangat..(T_T) price range RM1400-2300..price depends pada warranty from lactaequip atau dri distributer.. freestyle ni best sebab double pumping and ada 2 phase suction..1st phase dia stimulate dulu, pastu bru suction.. bunyi pun senyap je, still blh dgr kl duduk sebelah org yang tgh pump tu, tp tak kuat sgt..
2. MEDELA SWING - yang ni pun i macam suke jugak la kalau tak dapat yang atas tu..sebab ape? sebab masih brand medela..most hospitals mmg suggest pakai medela, so i bet, brand medela mmg dah recongnized la..cam kereta honda n toyota yang terbukti kualitinya..eh? ok, medela swing ni, kekurangannya, ada single pumping je, pastu bunyi dia agak menarik perhatian org di sekeliling la, utk melihat bunyi tu dtg dari mana..haha..ada yang cakap mcm bunyi katak..uwaa..tp price dia dalam RM 600-800..
3. SPECTRA 3 - mula2 dulu b4 kawen, dgn group mommies chit chat pasal spectra ni, i mati2 ingat diorang sembang pasal KIA SPECTRA tu hokehh! rupanya pasal breastpump..huhu..spectra ni, murah, price dalam RM 300-500 je..single pumping..and ada yang cakap suction dia best and mmg dapat produce banyak susu..cuma kekurangan dia, agak bulky and berat..so I fikir2, kl dalam kreta nak pumping, mcm tak selesa je kan pegang kotak camtu..huhu..
4. AMEDA LACTALINE - yang ni pun i baca banyak review cakap breastpump ni punya suction bagus and produce banyak susu..tapi masalah dia sama mcm spectra 3 tu, bulky..cuma kelebihan dia adalah double pumping..price lebih kurang SWING, rm 700-900..
so berdasarkan review2, setakat ni, ewah, SETAKAT INI YE tuan2 puan2..i decided to go for MEDELA SWING..warranty dr lactaequip..lactaequip ni official distributer brand MEDELA kat malaysia ni..so kl ape2 rosak, terus pegi HQ dia kat Ampang..harap2 tak rosak la, sbb Ampang tu bukannye dekat dengan I..hihi..
Tips untuk teka jantina baby..
Posted by
Schaz
|
Labels:
Pregnancy
Salam sume..lame tak update blog.. quite bz , nervous, penat menjelang hari defend proposal master...i sekarang alhamdulillah dah sampai ke week-19..another 1 week nak masuk 5th month..and belly getting bigger and bigger...which is berkadar songsang dengan jumlah baju yang muat untuk dipakai..=( rasanya dah sampai masa utk menyarungkan uniform mengandung kot..haha
K, nak share tips untuk teka gender baby...TEKA ye tuan puan..makanya takde la accurate sgt.. untuk sronok2 je..nak betul2, sila buat scan 3D after week 20 untuk gambaran yg jelas..=) owh, tak sabar nak buat 3D..
ni I amek dari website babycenter. Tips ni mcm old-wives tales la gitu.. YANG COLOR HIJAU tu, simtom yg i alami... hihi
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
- Perut anda “rendah”.
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil. -- wahhhh!! ferasan gitu!!
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
- Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
- Kulit anda menjadi kering.
- Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
- Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur. - tak penahplak perati, terus gedebum je kl nak tido..haha
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
- Anda tidur mengiring ke kiri.
- Air kencing anda berwarna kuning cerah.
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
- Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda bulat.
- Perut anda “tinggi”.
- Muka anda tidak berseri-seri.
- Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
- Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
- Kulit anda lembut.
- Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
- Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
- Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
- Anda tidur mengiring ke kanan.
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
- Air kencing anda berwarna kuning samar.
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
10. If you hang your wedding ring over your belly, it moves in circles
It's a girl if...
1. You had morning sickness early in pregnancy
2. Your baby's heart rate is at least 140 beats per minute
3. You are carrying the weight in your hips and rear
4. Your hair gets red highlights
5. You are carrying high
6. Your belly looks like a watermelon
7. You don't look quite as good as normal during pregnancy
8. You are moodier than usual during pregnancy
9. Your face breaks out more than usual
10. If you hang your wedding ring over your belly, it moves from side to side
Pregnancy : Week 14
Posted by
Schaz
|
Labels:
Pregnancy
Assalamualaikum..
Minggu ni masuk minggu ke 14 I pregnant..alhamdulillah..setakat ni takde alahan teruk2 sangat..just cravings and heartburn masa 2-3 bulan pertama dulu..sekarang dah makin hilang rasa tu, and i feel more energetic and comfortable..plus sejak 12 minggu hari tu, I dah start rasa movement of my little caliph inside my womb..alhamdulillah..bahagianya rasa itu...Since little caliph is so small at the moment (about 7-8 cm), so pergerakan dia tak dapat di rasa dengan jelas.. the feeling is like a goldfish swimming inside u..or like a butterfly flattering inside..rasa mcm geli..tapi best, coz I dapat rasa she/he living so happy inside, insyaAllah.. Selalu I dapat rasa waktu petang, masa relax2 duduk atas sofa or baring..
That day masa week 12, me and Mr. Hubby buat USG dekat Klinik Azlina, Batu Pahat.. mula2 takut jugak, coz tak dapat rasa apa2, I takut the baby is not there...nauzubillah...tapi, bila Dr. Azlina start scan, alhamdulillah, she is there! amazingly showing her talent, pusing sini, pusing sana, angkat2 kaki, subhanallah...we're so happy tengok dia sangat aktif and happy dalam tu..nak snap gambar penuh pun tak dapat coz she keep moving around..haha..takpe la, tak dapat best shot pun takpe, at least mama dah dapat tengok u, my dear.. sesungguhnya hanya Allah je yang tahu how happy I am..rasa nak nangis pun ade.. Mr. Hubby?? yang ni pun kelaka, sepanjang scan tu, he standing a few steps apart from the USG screen, then masa dah balik tu I tanye la, nape dia duduk jauh2, macam tak happy je..he said, not because he's not happy, tapi dia dah ketar lutut tengok something bergerak2 dalam perut I!! homaigad....haha..I tak dapat bayangkan camne reaksi dia nanti kl I nak buat 3D/4D scan..lagi nampak real, mesti lagi ketaqqq lutut dia..haha..
Ok la, nak sambung buat keje..=) Salam..
Pregnancy : Of Pedih Ulu Hati
Posted by
Schaz
|
Labels:
Pregnancy
Salam alaik dearie readers...
Mommies out there or mommy-to-be sape rasa pedih ulu hati time awal2 pregnant? I dapat this sympthom masa about 5th week of my pregnancy..mula2 rasa tak tahan sangat, die datang menjenguk almost every 2 hours after taking meals..days and nites..dlm keadaan perut sakit memang tak boleh tido nyenyak..(T_T) .
Mula la mencari penawar, so start making simple research...here some findings that I've simplified:
1) Apa itu 'pedih ulu hati' or mat saleh panggil GERD - Gastro Esophangeal Reflux Disease..
- Berlaku apabila asid dalam perut masuk ke saluran esofagus yang menyebabkan rasa pedih pada bahagian dada
2) Kenapa bila ibu hamil dapat simtom ni??
- Masa pregnant, hormon reproduktif yang tinggi melembutkan otot Lower Esophangeal Sphincter (LES)..LES ni fungsi die macam divider antara ruang esophagus and perut..bila otot ni lembut, menyebabkan 'kebocoran' berlaku masa makanan di proses dalam perut, jadi asid perut akan terkeluar masuk dalam saluran esophagus.. That's why kenapa lepas makan baru rasa pedih..
3) Macam mana Gaviscon or antacids berfungsi merawat pedih ulu hati ni??
- Semua antacids tersebut berfungsi untuk meneutralkan kembali asid perut immediately, sebab tu bila telan Gaviscon, 1-2 minutes, terus rasa lega.. tapi kesan dia tak lama, sebab perut akan terus keluarkan lagi asid tu..
4) Selamat ke telan Gaviscon sume nih??
- Many sources said, antacids selamat to be consumed by pregnant lady..bahan aktif dlm antacids ni salt..ataupun garam yg berfungsi untuk menuetralkan asid tadi..setiap antacids mempunyai jenis garam yang berbeza..so u oll kl nak beli sendiri antacids kat pharmacy, kena check dulu jenis salt yang ada dalam tu..
- sodium bicarbonate / sodium citrate - x sesuai untuk pregnant lagy, coz menyebabkan kaki bengkak due to hi water retention
- aluminium hydroxide / aluminium carbonate - menyebabkan kadar penyerapan air banyak yang menyebabkan sembelit..boleh makan, tapi kena rajin teguk air masak banyak2..
5) Sampai bila nak bergantung dengan antacids ni??
- Ni yang bermain di kotak fikiranku sepanjang GERD ni berlaku..haha..sampai bila... antacids ni mungkin boleh membantu kesengsaraan ibu berdepan dengan serangan pedih ulu hati, tapi, ia MENGURANGKAN PENYERAPAN ZAT BESI ke dalam darah... tak leh jadi nih..penat2 i telan Iron-Folic every day, nutrient tu entah berapa percent je sampai kat baby I! so I mengambil keputusan untuk STOP CONSUMING GAVISCON.. tak leh, Iron is very important untuk tambah hemoglobin, so that oxygen cukup untuk baby I membesar..insyaAllah...
ALHAMDULILLAH, I'VE FOUND THE SOLUTION....WHICH I WILL SHARE WIF U IN THE NEXT ENTRY...kerana penat dah menaip..hihi..plus jap lagi En. Hubby balik,plus pinggan mangkuk lunch tadi tak cuci lagi..hihi..
Sources : http://drzubaidi.com/ , parentingweekly, livestrong, medicinet
Zuriat hadiah Syawal dari-Nya
Posted by
Schaz
|
Labels:
Pregnancy
Salam semua..sempena dengan hari Jumaat yang mulia ni, I nak berkongsi berita gembira dengan readers blog picisan I ni, selagigus nak mula menyulam kata, memahat kenangan dlm blog ni sepanjang 8 bulan lagi perjalanan sebagai Mommy-to-be...insyaAllah...=)
My last post, I cakap masa rasa duduk rumah je kan, tak g melawat2 saudara mara pun kan, sebab rasa lesu...rupanya jawapan kepada kelesuan tu ialah -- ANDA HAMIL...! =) alhamdulillah..Actually masa raya ke-4 tu I rasa pedih perut, tak tahan sangat, I ajak En. Hubby pegi clinic, and below is the conversation dengan Dr. Lim :
Dr : Ye adik, sakit ape?
I : Em, rasa pedih ulu hati, pastu macam ...sembelit..hihi..(malu nak sebut sembelit..haha)
Dr : Adik pregnant tak?
I : Sy pun tak sure la doctor..that day sy buat UPT negative, tapi period tak datang dah 2 bulan..
Dr : Ok, kite buat UPT dulu..
(after the test done)
Dr : Adik mengandung la dik..tahniah..
I : hah?? ye ke..hihihihi..(tak tau nak bg reaksi camne..terkejut)
Dr : Ok, I bagi antacids dengan ubat tahan muntah, yang ni tak affect baby, adik boleh makan..
I : Ok, thank you Dr..
Keluar dari clinic, senyum2 dengan En. Hubby..kami masih dlm keadaan terkejut...tapi pada masa ni, telah berjanji dalam diri untuk menjaga janin itu sebaiknya...insyaAllah....
Then on 27/8/2012, I ajak En. Hubby pegi clinic lagi untuk buat double confirmation, kali ni kl betul2 pregnent, banyak soalan I nak tanya dengan Doctor tu..kali ni pegi clinic Dr pompuan, senang sikit nak tanya, plus dia lebih memahami..Dr ni pulak cantik, suke tengok die..hihi..
Dr : Iye, sakit ape ye..?
I : Dr, sy nak double confirm sy pregnant ke tidak..
Dr : Ye ke, boleh..pegi amek sample urine, kite buat UTP ye..
(after a while)
Dr : Tahniah, confirm, memang awak pregnant..cuma line ni tak berapa clear, means mungkin baru lagi pregnant..
I : Tapi sy dah tak period 2 bulan dr..
Dr : Ye, mungkin sebab embrio lambat lekat, tapi persenyawaan dah berlaku..Ok, bila hari pertama period kali terakhir awak? sy nak tentukan EDD..
I : exact date sy tak ingat, tapi around 21 June..
Dr : Ok, kl macam tu EDD awak 1 April 2013 ye..takpe, nanti 25 Sep datang lagi, kita buat scan..sebab scan sekarang janin tu terlalu kecil, mungkin tak nampak..nanti dah scan, kite ukur panjang janin tu, kite akan tau usia yang tepat kandungan u ye..kalau ikut record, U penah datang sini on 26/7/12 and I ada bagi u injection sebab u food poisoning hari tu kan?
I : iye, tapi masa tu saya ada buat UPT, tapi result negative..
Dr : Ok, kl macam tu, mungkin u pregnant dalam 5 minggu skrg..
I : Ok, Dr, nak tanya, sekarang sy ambil supplement Iron Folic, Calcium Magnesium, brand Nutrilite, sy boleh teruskan tak?
Dr : boleh, takde masalah..boleh teruskan..
I : Dr, skrg sy selalu rasa pedih ulu hati, sakit perut..
Dr : ye, itu memang simtom2 biasa kehamilan..sy akan bagi awak Gaviscon, makan selepas makan..dan pastikan awak makan sedikit, tetapi kerap untuk elakkan pedih perut ye..
I : Ok, Dr, Tq...=)
Dr : Ok, Tahniah ye..
Maka begitulah cerita bagaimana kami mendapat kabar gembira dari Tuhan..walaupun mulanya banyak persoalan bermain di fikiran I -- macam mana dengan master?? boleh ke buat labwork yang pakai chemicals bagai tu?? sempat ke siapkan labwork?? supervisor marah tak kl pregnant?? cukup ke kewangan kami utk sambut baby ni nanti??
Astaghfirullah............ Schaz, ingat tuhan itu sebaik2 perancang dan Dia lah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... baby ni akan jadi motivasi untuk I siapkan cepat2 labwork, and after deliver, I leh duk rumah saje and buat writing...insyaAllah..semoga segala urusan dipermudahkanNya... From now on, Mama janji akan jaga baby, and papa baby baik2....;>
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)






