RSS

SHOT WAJIB PENGANTIN! PART 1

Salam b2bs..

Balik dari ofis tadi hujan renyai2, pemandangan dekat Venice Hill ni mmg agak cantik juge la pada sy, mcm dari Look out point kat Bukit Ampang tu... ape kaitan pemandangan ngan title post tu? haha.. tiba2 je dapat ilham nak tulis post hari ni pasal pose wajib pengantin untuk photoshoot.. kalau blh kita nak mengabadikan setiap detik di hari bahagia nanti melalui lensa OP yang dilantik khas atas kredibiliti mereka yang kita survey dari hari ke hari depan pc tu kan? tul tak? tapi pada sy, apa gunanya OP yang terhebat, lens yang tercanggih di dunia, kl pose2 yang kita teringin buat, kita terlupa untuk buat lantaran terlalu excited masa photoshoot session kan? untuk itu, sy buat keputusan untuk print gamba2 pose yg saya rasa SAYA MESTI BUAT!! untuk pastikan semua keinginan tu tercapai dan tak rasa sedih or menyesal or terkilan selepas berlalunya hari yang paling bersejarah tu nanti... jadi di bawah, sy kongsikan pose2 yang menjadi idaman kalbu dan termasuk dalam SCRAPBOOK BRIDAL POSE sy untuk diserahkan pada OP nanti. bukan sy tidak percaya pd OP, cuma gambar2 lebih memudahkan proses komunikasi. biar OP jelas apa yg saya mahukan dan dia bebas utk gunakan kretiviti dan kelebihan yg ada padanya.

1. UNTOUCHED WEDDING ATTIRES SHOT
(pic from here)
Banyak masa, tenaga, wang, emosi yang kita habiskan untuk memiliki busana pengantin yang terindah mengikut budget dan citarasa sendiri. It's your masterpiece! Jadi 'untouched dress' shot ini WAJIB! 
 (pic from here)
 Punyalah susah untuk cari peep toes, yang menawan hati, dalam masa yang sama matching dengan our wedding dress, dengan ukuran tumit dan perincian yang memuaskan hati, jadi, shot ini MESTI ADA!

(pic from here)
Wedding band...tanda ikatan suci yang terbina. Dari satu kedai ke satu kedai kita masuk, berbulan2 penyelidikan dibuat utk memenuhi ilmu di dada tentang 4C: clarity, carat, color dan cut berlian yang terbaik, walaupun tahu wang di saku tak banyak mana untuk memiliki diamond pada skala terbaik mengikut ukuran 4C itu. Tp itu semua bukan yang utama, janji cincin itu datang dari our beloved EN. TUNANG kan? kan? jadi, TOLONG CAPTURE GAMBAR CINCIN I DARI ANGLE PALING CANTIK!

Entry ini akan bersambung ....... =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 si cantik berkata:

m.a.r.i.n.a.r.i.z.u.a.n. said...

cantik nyer kasut tu....
suke2...

Post a Comment