RSS

Pregnancy : Minggu ke 36

Assalamualaikum lovelies.. wordless wednesday? tak, wonderful wednesday... sebabnye minggu ni cukup 36 minggu bergelar mommy-to-be.. maknanya dah 9 bulan..maknanya boleh bersalin bila2 masa je ni kan...fuuhhh..memikirkan camne la sakit contraction yang selang 5 minit tu.. memikirkan camne lah miss V digunting dan dijahit hidup2 tu membuatkan I agak cuak jugak la.. cuba jugak positifkan minda, insyaAllah ok.. nak jumpe baby ke tak nak?? haa..kalau nak kena lalui la sume tu.. semoga Allah permudahkan.. memang dah tak sabar sangat nak jumpa LITTLE CALIPH yang selalu tendang2 perut mama, yang bergolek2 dalam perut mama tu, yang selalu kejut mama bangun Subuh tu...

Sekarang ni badan dah terasa berat sangat.. and my weight?? daripada underweight, 39 kg before pregnant, terus mencanak2 beratku naik ke 59 kg hokeyyyy!!risau jugak, ade diabetes ke..alhamdulillah buat MGTT test hari tu, blood glucose masih dalam range normal..fuuhhh, lega.. maka bila berat naik 20 kg tu, nak jalan pun tak larat sangat.. kaki cepat je lenguh, tak tahan nak berdiri lama2, thats why I cakap kat Mr. Hubby Sayang, I tak larat nak masak.. sebab bila masak kena berdiri lama2, yang membuatkan kaki I bengkak and setiap langkah akan terasa sakit.. solat pun buat secara duduk je start daripada 8 bulan hari tu.. sebab lutut rasa sakit sangat setiap kali nak berdiri bangun dari sujud tu.. so memang ada rukhsah untuk wanita hamil solat duduk bila kandungan dah masuk 3rd trimester kan.. maka gunakan lah..

Mulai minggu ni jugak I dah start consume VCO Tanamera, sesudu setiap hari.. tak tau ok ke tak dengan I.. sebab ada my friend makan, naik ruam2 kat badan.. so baru 3 hari I makan, tak nampak tanda2 alergik lagi..and, I dah start buat perineal massage..TAPI, aku tak tau betul ke idak cara mengurut tu!..haha.. hentam saje la labu, janji usaha.. hopefully dapat mengurangkan koyakan Miss V, kalau boleh tak nak langsung Miss V koyak, boleh ke?...hmm.. tawakal je lah kan..

Barang2 baby yang penting2 insyaAllah dah cukup semuanya.. yang besar2 je tak beli lagi macam stroller, car seat, katil baby.. sebab plan nak survey2 dulu kat SOGO..cewah.. lagipun nanti I akan berpantang kat kampung, so benda tu sume tak perlu lagi kot, lepas pantang pun boleh beli..

Dulu zaman B2B letak gambar preparation majlis, lepas majlis letak gambar kawen, pastu gambar honeymoon... so nak mengabadikan sekeping gambar babymoon kat sini lah..  time ni 8 bulan, menunaikan hajat Mr. Hubby Sayang nak berjalan g Terengganu and Kelantan.. merangkap babymoon kami.. =)

time ni berat adalah 58 kg.. yess, terasa sangat besar dan selalu terlanggar tepi pintu and sinki sebab tak pandai budget perut yang dah melebar ke depan dan ke tepi..sian baby (@,@)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 si cantik berkata:

cik chinta said...

cute. xnpk besa pon.

::Aja:: said...

normal kalo underweight mummies put on weight banyak masa mengandung...so, harap2 lepas deliver dapatla berat yg ideal yek..heheh..comel je..xnmpak gemuk pon..

Schaz said...

chinta : tak nampak besa ea? yess! =p

aja : tu la, hopefully dapat berat ideal lepas deliver, takmo underweight dah..=)

Wawa Tasliman said...

betul tu, sekarang memenag susah nak solat. time sujud pun perut dah berlaga dengan peha. bila dah start duduk rasa berat nak bangun semula.

Anonymous said...

edd u 3.4 ke?kalu ye,sama la kita:)
hannan ghazalli

Schaz said...

wawa: kan.. rasa berat sangat badan.. u dah start solat duduk belom? hihi

hannan : my edd 31.3 dear.. lebih kurang la tu, sebab kl ikut scan 6.4.. huhu..

Anonymous said...

i ikut scan 2 diff gynea,jd 14.3,tp slalu scan yg 12w yg btl sket.tp doc suh get ready since kpala baby da kt bwh.
yg trlangar tu memg.haha.xreti budget smpi kdg2 sakit.apala mak ny.huh
hannan.

Post a Comment